Monday, April 27, 2009

Kalau Ada Secawan Vanilla ****

Abang tahu 2 3 harini ramai adik -adik mengalami masalah. Masalah dengan jiran, masalah dengan mertua, masalah dengan adik ipar, masalah dengan tuan pengetua, masalah dengan tuantuan dan puanpuan, masalah dengan ...(sila isikan sendiri banyak sangat masalah,adik-adik memang suka cari masalah)... Rilekkk adik-adik take it easy. Tengok abang ni rilek je..Kalau abang jalan kat masjid jamek rilek je kalau orang asyik pandang siul siul nak tandatangan abang, nak bergambarla, nak cop jari la, nak ajak jumpa parents la (oh..bagi ibubapa yang tak pernah tengok saya, sayani hensem tampan orangnya. Tak nyesal buat menantu) dan ada yang offer satu malam dengan abang. Tapi seperti yang abang cakapkan tadi.. Abang rilekkksss... riak wajah abang terserlah ketenangan ibarat sungai Nil yang mengalir.

Tak pa lah adik-adik kalau tak ada masalah adik-adik taktahu yang sekeliling adik-adik ada benda magic berlaku, kalau tak ada masalah adik-adik tak tahu yang ada orang sayangkan adik-adik, kalau tak ada masalah adik-adik tak tahu yang adik-adik hebat orangnya, kalau tak ada masalah adik-adik tak tahu yang adik-adik berbakat dalam bidang menghabiskan makanan 10 kg dalam masa 15minit. Hebatkan masalah... Mana tahu satu hari nanti bila adik-adik ada masalah adik-adik berkebolehan bertukar menjadi super hero atau pun raksasa. Oh ya jangan berlawan dekat studio abang ya. Banyak loan abang apply nak ubahsuai studio ni. Untuk adik-adik juga.

Walaupun banyak mana masalah adik-adik itu bukan alasan nak ponteng kelas muzik. Biarlah bakal mertua adik-adik tak suka adik-adik kerana lebih sukakan doktor atau majistret dari ahli muzik yang penting adik-adik ada ilmu muzik di dada. Kalau ekonomi merudum teruk sekalipun adik-adik tak perlu khuatir kerana ilmu muzik ni la membantu adik-adik membusking di tepi jalan. Abang dulu-dulu masa hidup susah membusking tiap-tiap hari. Kutipan boleh mencecah 54ringgit malaysia sehari (Apa lagi penganggur cuba la).. Guna kompang dengan tamborin pun boleh.
Datang kelas minggu ni..Abang nak ajar main muzik rock dengan bacaan note terbalik. Wa cakap lu..ManKi**l pun belum tentu tahu....

See You All in the Class Bebeh!!! Peace(Dua jari naik)

1 comment:

  1. abang memang power la..pas ni tolong ajar kod kompang yer...

    ReplyDelete