skip to main |
skip to sidebar
Di Seberang Jaya abang dioffer sebagai guitarist meggantikan Hillary yang tangannya asyik menggeletar. Tapi abang tolak... sebab malas...Nanti wartawan keluar statement pemain musik handalan ganggu periuk nasi sesama artis. Tapi kelmarin lepas telefon bimbit abang menggigil, menerima satu panggilan..kata dia "Abang...Brother Amy nak jugak abang berganding dengan diorang untuk next konsert" abang jawab "Abang malas..nanti apa kata peminat abang, tetiba main show kecik.Jatuh la kreabiliti abang" kata dia "Amy nangis2 nak abang main dengan diorang" Abang diam lama-lama pastu abang jawab "Aaa...biar abang pikir dulu".Panggilan putus.
Abang fikir dua tiga kali jugak.....bukan abang berlagak. Tidak..tidak sama sekali. Abang malas..Banyak sangat offer job akhir-akhir ni. Semuanya melibatkan pulangan yang tinggi dan akan menaikan lagi keunggulan abang di mata dunia. Arhhh abang bukan pentingkan wang ringgit atau pangkatdarjat, yang penting tulus ikhlas.
Abang call kawan abang seperti di atas.. Abang kata "Ok. Tapi kau suruh amy tu jangan over dari aku" dia balas "Ok.Set" dengan nada happy ending over excited.
So kemungkinan besar abang akan berada di Kuching, Miri atau Tawau...So pandai-pandaila adik-adik follower up date dengan abang. Mula-mula la menyimpan sehari sringgit mulai sekarang yaaaaa
Bagi menghormati mangsa-mangsa tamat final exam abang akan kasi cuti kelas muzik minggu ini. Tapi abang nak ingatkan adik-adik jangan asyik bermain ombak nanti hanyut dibawa arus. Oleh itu main lah lego atau barbie doll untuk cuti ini. Abang pun nak mulakan hari abang dengan ceria tanpa gangguan jantan porno dan sorto.
Abang tahu 2 3 harini ramai adik -adik mengalami masalah. Masalah dengan jiran, masalah dengan mertua, masalah dengan adik ipar, masalah dengan tuan pengetua, masalah dengan tuantuan dan puanpuan, masalah dengan ...(sila isikan sendiri banyak sangat masalah,adik-adik memang suka cari masalah)... Rilekkk adik-adik take it easy. Tengok abang ni rilek je..Kalau abang jalan kat masjid jamek rilek je kalau orang asyik pandang siul siul nak tandatangan abang, nak bergambarla, nak cop jari la, nak ajak jumpa parents la (oh..bagi ibubapa yang tak pernah tengok saya, sayani hensem tampan orangnya. Tak nyesal buat menantu) dan ada yang offer satu malam dengan abang. Tapi seperti yang abang cakapkan tadi.. Abang rilekkksss... riak wajah abang terserlah ketenangan ibarat sungai Nil yang mengalir.
Tak pa lah adik-adik kalau tak ada masalah adik-adik taktahu yang sekeliling adik-adik ada benda magic berlaku, kalau tak ada masalah adik-adik tak tahu yang ada orang sayangkan adik-adik, kalau tak ada masalah adik-adik tak tahu yang adik-adik hebat orangnya, kalau tak ada masalah adik-adik tak tahu yang adik-adik berbakat dalam bidang menghabiskan makanan 10 kg dalam masa 15minit. Hebatkan masalah... Mana tahu satu hari nanti bila adik-adik ada masalah adik-adik berkebolehan bertukar menjadi super hero atau pun raksasa. Oh ya jangan berlawan dekat studio abang ya. Banyak loan abang apply nak ubahsuai studio ni. Untuk adik-adik juga.
Walaupun banyak mana masalah adik-adik itu bukan alasan nak ponteng kelas muzik. Biarlah bakal mertua adik-adik tak suka adik-adik kerana lebih sukakan doktor atau majistret dari ahli muzik yang penting adik-adik ada ilmu muzik di dada. Kalau ekonomi merudum teruk sekalipun adik-adik tak perlu khuatir kerana ilmu muzik ni la membantu adik-adik membusking di tepi jalan. Abang dulu-dulu masa hidup susah membusking tiap-tiap hari. Kutipan boleh mencecah 54ringgit malaysia sehari (Apa lagi penganggur cuba la).. Guna kompang dengan tamborin pun boleh.
Datang kelas minggu ni..Abang nak ajar main muzik rock dengan bacaan note terbalik. Wa cakap lu..ManKi**l pun belum tentu tahu....
See You All in the Class Bebeh!!! Peace(Dua jari naik)
Abang tahu sekarang musim orang sakit.. Cuaca pun tak berapa baik asyik hujan panas hujan panas.. jadi ramai adik-adik yang mengadu pada emak dan ayah yang adik-adik sedang sakit. Sakit tekak sakit demam sakit hingus meleleh sakit batuk sakit gigi sakit kepala sakit nak muntah sakit hangin satu badan dan sakit hati dan sakit kaki..
Ini abang ada petua untuk adik-adik yang kuat cari penyakit. Petua ini hanya untuk adik-adik yang betul-betul sakit ya... Em apa? tak sakit? kalau tak sakit sila cari penyakit dulu. Senang saja kalau nak cari penyakit..
1. Jangan makan dari pagi sampai petang untuk cari penyakit muntah2 atau sakit kepala atau naik hangin.
2. Jemur di tengah panas atau mandi air hujan (hujan panas lagi bagus) untuk penyakit demam.
3. Minum ais sedozen untuk sakit tekak dan penyakit hingus meleleh.
4. Jangan berenti makan gula2 untuk satu hari bagi mencapai sakit gigi.
5. Cari gaduh dengan jiran supaya dia akan balas dendam dengan mencerita pada jiran tetangga tentang keburukan anda supaya menghidap penyakit hangin satu badan.
6. Buat temu janji dengan kawan yang selalu tak tepati masa selewat-lewatnya 3jam untuk penyakit sakit hati.
dan
7. Jalan selama-lama yang mungkin,kalau boleh yang belajar di kl tapi rumah kira-kira 15 km dari tempat belajar jalan kaki kerumah untuk dapat sakit kaki.
Penawarnya adalah minum air halia rebusan sendiri jangan lupa masukan gula ya adik-adik.
Okey abang ada concert malam ni. Chau..
Abang nak tutup kelas muzik abang. Atas sebab anak murid yang tak henti-henti datang abang teruskan jugak. Terima kasih tak terhingga atas sokongan adik-adik. Rasa cita abang pada sanubari adik-adik abang tingkatkan. Oh ya jangan lupa next kelas bawa kompang ya...
Cuba adik-adik pandang ke langit jauh-jauh ...... jauh....... dan jauh.......lagi baik keadaan adik-adik duduk di atas mangkuk putih beralas plastik berlapik tisu.
Okey..memandangkan hari ini hari sabtu, abang kasi adik-adik cuti. Tapi lu orang jangan kasi abang hangin...... Erk...Xcuseme. Duduk rumah jangan nak mengarang literature review tu. Hafal kod lagu terbaru yang abang kasi "Di Bumi Ini Darahku Memercik ke Alur Dagumu". Walaupun bunyinya agak ganas dan menggerunkan, tapi jangan bimbang berkat loan M*** yang adik-adik dapat tu boleh mengganti keherningan di jiwa. Duit tu pegi beli dindang , makan sambil hafal kod lagu.